today still dlm mood rehat lg.. tido sepuas-puasnya.. anak2 mandi kolam aku snap photo mana yg dpt.. ternyata di Labuan bandar yg sgt rileks.. xde kereta laju-laju.. xde traffic jem.. sgt tenang.. xboleh bawa budaya KL ke sini.. xde apa yg nak di kejarkan.. Pagi2 aku breakfast.. byknya mat saleh.. semua pakai coverall.. huhuhu
lps breakfast aku sambung tdo balik.. huhuhu sori ler bukan selalu pun.. sekali sekala.. lg pun fuzael tdo lg.. aku pun masuk selimut tdo ngan dia la.. incik boss gi keja.. bila dah semua dah bangun apa lg aktiviti ari ni mandi manda.. aku mls nak mandi ari ni.. lepak tepi kolam & amik gambar anak2 & kolam.. hehehe...
enjoy la tengok gambar2 ni yea..
tu je la aktiviti aku ari ni.. esok baru planning nak jalan2 gi cari tempat menarik kat sekitar labuan.. esok baru kita fikir nak gi mana yea.. hehehe.. dah mlm. aku pun dah mengantuk.. tata kawan2...
Diari seorang suri rumah
Monday, May 28, 2012
Sunday, May 27, 2012
Travelogue di Labuan - Day 1
Wah dah ramai follower aku! terharu sgt2.. aku xde pun citer yg menarik nak dikongsikan.. life aku sgt plain.. klu ada pun gelagat anak2 aku yg buat situasi tunggang langgang.. sungguhpun begitu kerana karenah anak2 inilah buat life aku penuh warna & cerita yg sgt berharga..
terima kasih yang tak terhingga.. aku akan cuba kongsikan segala ilmu & pengalaman aku utk kegunaan kita bersama.. klu korg pun ada segala info yg berguna utk kita bersama.. just bg tau je.. & klu2 ada citer2 aku yg xbetul tu korg tegur la.. insyaAllah kita sama2 perbaiki.. aku insan yg byk kelemahan.. & aku berusaha utk jd yg terbaik utk yg Allah & anak2.. Aamiiinn
Ok.. meh baca plak kisah aku bwk anak2 bercuti di Labuan.. muahahaha... kebetulan + rezeki.. incik boss kena gi Labuan kerja kat darat. So aku amik kesempatan bwk anak2 bercuti sempena cuti sekolah 2 minggu ni.. huhuh aku xpernah tinggalkan rumah lebih dr seminggu..
Excited + takut.. nak naik flight! huhuhu aku gayat.. tp aku berusaha utk melawan rasa takut terbang ni.. hehehe.. aku kejut anak2 seawal jam 6 pg.. Hang Tuah & Hang jebat bangun dgn penuh semangat..except si hang comey.. dia sayg tido dia lg.. hehehe.. tiba je di KLIA org ramai! mak aih.. panjang betul Q.. aku cuba gak cari kaunter yg tak berapa ramai org.. dpt gak la.. pendek sket Q dia.. heheh sempat la check in luggage 45min sblm bertolak.. settle je psl luggage terus turun bwh dah lambat! Fuzael plak meragam sbb dia takut tengok org ramai .. asyik nak berdukung je.. sabar je la.. lenguh tangan ibu tau!
Menunggu nak terbang...
brunch menu roti ayam & nasi lemak.. lapar..
bila dah boarding, pahlawan aku semua duduk baik2.. ceh! 15min yg pertama baik.. lps tuuuu..... ha.. ada yg bersila tengah2 jalan.. ada yg kejap2 gi tandas.. lps tu bergaduh.. lps tu menangis.. menguji kesabaran betul! ada nak kena penampaq jepun kang...bila masing2 dah letih merungut xsmpi2 lg mikael & fuzael tido.. rafael je duk membebel sesorg.. tak kuasa ibu nak melayan dah..hehehe
mikael cakap tempat keja abah!
bila nak dekat smpi aku nampak kat laut byk platform, barge & kapal2 kat tengah2 laut.. terharu aku tengok mcm mana keadaan tempat kerja boss di tengah2 lautan yg luas.. saujana memandang.. pasti bila dia kesunyian kerinduan kat kami 4 beranak ni, dia akan merenung kat lautan ni.. tu la dia ckp.. itu lah realiti kehidupan dia.. dia kerja kat tempat yg kosong tak ada apa2 utk dijadikan hiburan dikala kesunyian.. tp bini di daratan drive sana sini membelanjakan gajinya.. huhuhu.. simpati aku dengar.. kesian kat incik boss kerja teruk2.. aku duk enjoy kat darat.. aaahh!!! i don't care... u don't know i'm struggling raise up ur boys alone here! penat ke sakit ke stress ke aku sesorg.. xde sapa tolong.. tengah2 mlm bwk anak sakit.. aku sakit xleh MC, aku penat xleh rehat, aku lenguh xde sapa leh urut.. i should get rewards for that.. nyeh nyeh nyeh.. ala.. dia xpenah bankrupt pun.. semakin murah rezeki ada la.. lg byk dia belanja kat anak bini.. lg byk rezeki Allah limpahkan kat dia.. rezeki xputus.. insyaAllah rezeki Allah yg tentukan.. tak perlu risau.. kan.. kan sayang!! kekekeke...
bila dah safely landed.. Alhamdulillah.. adik dah mula meragam! aduhai.. xnak berjalan nak berdukung.. dah berdukung duk mencari brg2 kesayangan dia.. gajah busuk.. cd ps2 & botol susu!! aduhai.. dah la nak berdukung, lps tu nak pegang semua brg2 tu... aku nak kena tolak troli.. stress!!! tulun!! tulun!! daaannnn... budak comey ni buat perangai lg bila aku nak naik teksi!! mcm biasa dia akan melalak dgn bersunguh2.. takut naik kereta org!!! fuzael ni.. nasib baik la hotel xsmpi 10 min je dah smpi.. dia selalu mcm ni tau.. kekadang naik keta pak sedara dia pun dia menangis... cepat la ko membesar adik ooi.. sakit dada ibu nih menahan sabar..picit pipi ko kang baru tau..
berjalan-jalan di taman depan Ujana Kewangan
posing tangkap hensem dulu
welcome to Labuan hehehe
Jalan-jalan di waktu mlm ternampak ikan duyung filipina berbikini.. hehehehe
testing skill.. huhuhu need improvement!
Labels:
bercuti,
Waterfront Labuan
Friday, March 30, 2012
Dairy 30 Mar 2012
As salam...
Kisah aku hari ni amatlah memenatkan hingga kaki aku melecet! aduh.. Ah! tak kisah la korg sanggup baca ke tak..
Hari ini Fuzael ada appointment dgn pakar ENT kat PPUKM. Pagi2 lagi aku dah kejut semua tentera2 aku. Cuma pg ni Fuzael liat plak bangun. tu la sapa suruh bangun kul 5 pg td... kan dah susah nak bangun.. tak pasal-pasal ibu kena dukung masuk bilik air..
Ok proceed citer.. pagi ni hujan renyai-renyai.. Klang banjir.. simpati aku.. so aku sangkakan traffic pasti sesak.. tapi Alhamdulillah jalan lancar. Parking pun senang cari.. Ajaibnya surah Al-kauthar. Sebab aku duk fikir gak macam mana la aku nak bawa anak2 aku time hujan gini.. payung ada satu je.. Ya Allah... berkat ayat Al-Kauthar Mu, Kau permudahkan urusan aku.. aku dapat parking pun tak jauh sangat dgn pintu masuk.. So kawan2, percayalah pada surah Al-Kauthar..
Habis citer pasal parking berakhirnya isu kegembiraan, kita teruskan pada urusan rawatan, isu kesengsaraan.. aku sampai je kat level 7, aku dropkan budak2 tu kat area permainan & aku terus check in. Tengah2 check in angah menjerit bg tau adik terkencing depan pintu.. Alamak!! dah la dia hensem pg ni.. aduh.. aku pun tak pakaikan pampers. sebab ingatkan dia dah cemerlang dalam urusan kencing mengencing ni.. rupanya tidak.. nasib baik ibu bwk pampers sekeping. So hari ni dia hanya memakai kemeja basah dan pampers.. hmm kesian dia.. kesian kat aku gak.. seksa aku belum habis lagi tau..
tak lama lepas tu, nurse ajak aku gi pergi buat audio test. ha! part yang paling seksa! aku dah sogok si mikael ngan rafael semua gadget yang aku ada.. aku siap bagi HP aku utk rafael tengok youtube. Mikael main laptop aku.. so Fuzael boleh buat audio test dengan aman.. TAPIII.. smpi je kat bilik audio tu rafael nak gi toilet plak!! so aku letak fuzael yang dah start merengek kat tangan mikael dan mengheret rafael berlari mencari toilet. macam lipas kudung aku berlari dengan harapan Fuzael tak menangis teruk & mikael mampu menjaga adiknya.. Ya Allah.. Tuhan aje yg tahu apa perasaan aku masa tu. Dah tak peduli pakai baju kurung berlari lintang pukang kat spital tu heret Rafael cari toilet.
Bila dah settle tu aku kembali ke bilik audio.. Alhamdulillah, Fuzael duduk diam2 kat tepi abg dia. syukur Ya Allah.. tempoh menunggu tak lama, tapi mood Fuzael dah mula mendung. Dia dah start merengek. Kacau la.. So bila nurse nak masukkan earplug kat telinga dia.. dia start menangis! So banyak result dia yg problem. Flat! dia tak nak respond semua test! Tambah sakit hatinya bila Rafael masuk bilik audio tu merengek dia lapar & kacau adik dia.. Ya Allah ... tabahkan hati aku ni..Fuzael pg ni mmg tak nak buat test langsung! & they suspect ada air dalam gegendang telinga dia...
So bila dah habis buat audio test, Kitorg kena bergerak ke level 7 balik then jumpa Prof Goh. Pakar ENT. Lepas borak-borak & temubual, Prof Goh dapat detect ada air dalam gegendang telinga dia.. aduh.. sakit dada aku ni.. patutlah lately ni dia mcm tak dengar bila aku panggil dia.. Prof Goh kata ini sebab effect dari selsema dia dulu.. ari tu dia kena selsema lama sangat.. hmm.. now dia kena terus spray hidung utk keringkan air di telinga dia.. so next appointment 27 Apr nnt buat lg audio test.. klu result dia flat dia kena buat minor operation utk masukkan grommet dlm telinga dia... Kalau confirm dia kena buat operation tu, that mean this is 2nd time telinga dia kena masuk grommet.. sian anak ibu.. yang pasti kat mana aku nak letak mikael & rafael??
bila balik je rumah aku ngan fuzael terus tumbang atas sofa.. lena selena-lenanya.. Aku tak tau kena aku penat giler hari ni.. mmm itu je la kot.. takde citer dah buat masa ni.. So moral of the story, sebelum buat audio test, make sure mood anak anda kena terbaek! ok.. kalau tak effect result nnt.. tak pasal2 kena buat operation plak nanti.. huhuhu

Audio test,
diary,
Fuzael
Thursday, March 22, 2012
Bila Fuzael demam..
Actually citer ni dah 2 minggu berlalu.. tp aku update je la ye.. hehehe nampak sgt aku terdesak takde citer
Labels:
demam panas,
Fuzael,
kesihatan
Wednesday, January 11, 2012
bergaduh dikhalayak ramai?
kalau bergaduh secara lisan or fizikal depan public mungkin boleh dikatakan ok.. sbb yg nampak cuma lebih kurang 20 or 30 org.. TAPI... klu bergaduh di FB or tweeter, alamak ai.. satu dunia nampak derr..
aku mmg xberminat nak bukak topik psl artis ke apa ke.. tu bukan stail aku. Lg pun aku xkisah pun blog aku ni xramai follower.. cuma aku tergerak nak berckp psl bergaduh kat tweeter.. aku xde acc tweeter ni.. sbb aku pening nak guna mcm mana.. lg pun apa benda aku nak tweet? kang klu aku citer apa yg aku buat hari ini, ada plak yg muncung kat umah.. boss aku xsuka share benda2 private ni..
kegunaan Fb or tweeter ni.. sama je.. sharing anything.. so kita xleh la nak sharing everything kat org kan.. especially hal family kita.. aku pun kekadang terjebak sama.. boring.. share gadget apa ko beli .. tunjuk ko guna gadget tu kat FB.. tu blum lg ada org upload gambar setiap inci rumah utk tatapan org ramai yg rumah dia besar & cantik.. hahaha.. dialog dia.. ko ada?? takde kan.. hahaha xkisah la dik.. jgn smpi riak sudah.. nnt Allah tarik balik nikmat tu menangis xsudah..
berbalik pd kes begaduh ni.. secara sedar atau tidak.. bila kita marah kat tweeter ni.. secara tak langsung kita sedang berdiri atas pentas globe award & guna microfon tu marah2 org,. waktu itu siaran itu boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia tak kira zon waktu tempatan anda.. sometimes i imagine this picture in my head.. so i can see how ugly am i when i'm angry.. betapa buruknya aku bila tengah marah.. so begitulah keadaannya bila kita maki hamun org dlm FB or tweeter, dpt di baca oleh ramai manusia.. & kemudian bermula aktiviti sampai menyampai.. cuma klu guna laman sosial ni kita leh print screen for proove.. betul tak? hahah
klu setuju angkat tangan.. aku pun ngaku kekadang aku buat jugak.. aku show off hasil kerja kek aku.. muahahaha
Labels:
Facebook,
luahan rasa,
tweeter
tingginya habuk!
hahaha.. super duper busy.. order kek xde la byk tapi aku sibuk menguruskan anak2. tu psl aku kurus & semakin kurus.. bila la nak tambah isi.. mkn byk mana pun sama je xbertambah jugak isi bdn nih.. huhuhu..
ok kita nak citer pasal apa? let me think .. hmm.. jem plak otak ni.. si Fuzael merengek.. ngantuk kot.. jap aku tdokan dia dulu sambil2 mencari ilham..
Friday, December 9, 2011
aku berserah...
Sepatutnya hari ini aku dpt menghilangkan tekanan yg aku hadapi selama 2 minggu yg lepas. Jgn harap la. aku dah cuba utk tebalkan dinding ketabahan ini. tp setiap kali aku cuba tebalkan, ia akan tetap terhakis. bermacam cara aku cuba untuk menghilangkan rasa amarah. tapi aku tetap diduga.. Ya Allah, kalau ini ujianMu, aku bermohon agar Kau jadikan aku seorang hamba yg redha & tabah untuk aku hadapinya sendirian...
Dikala aku dalam kesedihan, aku tak ada sesiapa. aku pandang kiri dan kanan tak ada siapa yg boleh aku luahkan rasa sedih ini. aku tengok hp aku, tak ada sesiapa yang boleh aku call untuk aku share tangis aku ni. ya.. memang tak ada. aku hanya ada laptop kecil ni. yang boleh aku taip apa saja yg terlintas di hati bukan fikiran. Kerana di fikiran aku dikala ini hanya ingatan kisah-kisah sedih yang lampau. ini bisa menambah lagi rasa sedih yang tiada berpenghujung.
Entah la kawan-kawan. aku nak merayu pada Allah untuk buang segala tangis ini. untuk aku hadapi hari esok tanpa tekanan. buanglah rasa ini jauh-jauh. malam ini nangis la sepuasnya. hinga tiada tangis esok hari. Hanya padaMu Allah. aku berserah...
Labels:
luahan rasa
Subscribe to:
Posts (Atom)